kami merupakan pembekal IBS Prefab Modular. Prefab modular adalah rumah pasang siap yang berkonsepkan kontena yang mana ianya diperbuat daripada bahan yang berkualiti. Pelbagai reka bentuk boleh dibuat ikut keperluan anda. Lokasi sample boleh dilawati di sebelah Masjid Desa Rahmat, Kota Bharu, Kelantan.



Visi: Kami berhasrat membantu setiap individu memiliki ruang kediaman impian yang siap dengan pantas, berkualiti tinggi dan selamat didiami tanpa perlu risau tentang kos yang membebankan. Kami percaya setiap rumah harus menjadi tempat yang cepat disiapkan, mudah diurus, jimat kos serta cantik dan selesa untuk didiami.
Misi
-
Memberi solusi rumah siap pasang yang memenuhi keperluan pelanggan dari segi masa, bajet dan kualiti.
-
Mengutamakan reka bentuk yang praktikal dan menarik agar setiap ruang kecil memberi keselesaan maksimum.
-
Memastikan setiap pemasangan dijalankan dengan standard keselamatan yang tinggi dan bahan yang tahan lama.
-
Kami percaya setiap ruang ada ceritanya. Sebab itu kami mudahkan anda memiliki ruang yang selesa, bermakna dan sesuai untuk apa jua tujuan.






